Jumaat, 25 November 2011

tonton-home-movies-taubat nasuha - Taubat Nasuha

tonton-home-movies-taubat nasuha - Taubat Nasuhatadi petang aku menonton siaran ulangan derama yg bertajuk taubat nasuha,dalam derama tu diakhir cerita si ayah dah terima balasannya..macamana yang terjadi dialam sebenar ni. bila siayah nak insaf ..ini lah yang berlaku pada aku dan anak2 .suami macam tak suka ngan anak2,sejak kecil suami tidak mesra ,tidak pernah sentuh anak2 ,hanya aku lah tempat anak menumpang kasih ,tempat anak2 meluahkan apa perasaan hati mereka. segala urusan anak2 semuanya terletak diatas bahu aku .aku menguruskan segala keperluan anak2.sebab itula anak2 lebih rapat dengan aku hinggala sekarang ni mereka berumur 18 tahun dan 21 tahun.apa yang aku bimbangkan ialah bila suami sakit ,adakah anak2 akan menolong suami.anak2 aku tu lelaki kedua2nya ,entahlah akupun tak tahu .yang pastinya aku selalu mengajar anak2 supaya menghormati ayah mereka

How to make buttercream flower icing on cupcakes

kerja aku ni la hari2 tonton you tube .macamana nak bentuk bunga dengan buttercream icing..aku nak cuba buat tapi kek2 tu siapa nak makan?suami n anak2 tak suka makan kek [semua kuih yg manis]dulu selalu aku berikan pada jiran2, tapi jiran2 aku tu pelik sikit .mulut mereka tu yyang aku tak tahan,mereka tu bukan pandai sangat,n tak pernah rajin memasak apatah lagi kuih muih n kek2, bila aku bagi mereka bukannya mereka nak berterima kasih..sebaliknya mereka mengutuk aku ,kononnya nya kek @masakan aku tu kurang sedap ,kurang masin dll lah mereka bandingkan masakan aku dengan masakan dikedai,semenjak itu aku tak hantar lagi pa yang aku masak.kalau tak habis aku lebih rela bagi pada cik tong sampah.aku nak hantar kedai pun aku takut tak laku,aku ni tak pandai cari duit,aku takut dengan resiko dibelakang hari..

INI LAH AKU







aku ni sebenarnya tak berapa pandai menulis ..maklumlah aku ni dah lama tak pegang pen. lagi pun aku ni tak bekerja cuma surirumah sepenuh masa .hari2 aku hanya dirumah.perkahwinan ngan suami sudah mencecah usia 21thn,dan 21thn jugalah aku menghambakan diri ku untuk suami n anak2.bukan hanya kerja rumah saja yg aku buat seorang diri,tapi urusan anak2 juga terlelak diatas bahu aku.hantar n ambil anak dari sekolah n pusat tusyen juga menjadi tugas aku.kerja suami hanyalah mencari nafkah[wang]lain2 urusan aku yg buat ,kadang2 aku terasa macam aku ni tak ada suami sebab kesana sini aku sendirian,hinggakan cikgu2 disekolah anak2 tak kenal siapa bapa mereka.
sekarang anak2 sudah besar ,dah ada lesen motor n ada seorang sebiji motor,jadi kerja aku jadi ringan sikit.masaalahnya sekarang aku jadi kesunyian,anak2 lelaki da suami aku tak suka bersembang,habis tu dengan siapa aku nak bercakap?jiran semuanya umur 30an tidak sesuai berkawan ngan aku sebab aku dah 53thn.jadi aku kesaoranganlah.kawan aku hanyalah komputer ini.
selain dari aku melayari internet aku juga suka membaca.aku selalu ke kedai buku n aku akan membeli buku2 walaupun berharga berpuluh2 ringgit.selain itu aku juga menjadi ahli perpustakaan awam ditempat aku, macam buku boleh aku pinjam .
aku berbenti disini dulu di lain kali aku sambung lagi.

Rabu, 9 November 2011

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali | iluvislam.com + discover the beauty of islamkamu tahu kah apaitu kisah nabi lut...katanya kaum nabi lut akan kembali.memang dah kembali .umat nabi lut mengamalkan sex sesama jenis ,tengok lah dalam akhbar macam2 kejadian yg membabit kan hubungan sesama jenis.baru2 ini satu badan ngo mengadakan perhimpunan untuk meluluska amalan ini kalau tak dibendung oleh kerajaan tak tahu lah apa akan jadi ,mungkinkah dunia memang hampir dengan hari kiamat.memang sudah ana banyak tanda2 hampir kiamat yg dapat kita lihat .
YA ALLAH jaukanlah kami dari segala godaan,terutama anak2 lelaki aku yg punyai banyak kawan ,jangan lah mereka terpengaruh dengan budaya songsang ini

Selasa, 27 September 2011



semmejak mata aku selalu sakit .aku tak menjahit lagi ,hobi menjahit aku telah ku tukar kepada hobi memasak pula.aku terlalu minat untuk belajar buat kek,menghias kek ,pastri n kuih muih...walaupun aku dah tua tapi aku tak malu pergi mengikuti klas menghias kek ..walaupun aku dah belajar tapi aku masih tak berani menghias kek sendiri sebab aku rasa belum pandai .tapi hari ini aku mencuba buat sendiri ..ok aku berjaya tapi aku malulah sebab tak cantikkk

Ahad, 1 Mei 2011

pulut sri kaya

bahan bahan
1cupak beras pulut
1 biji kelapa parut
1/2sudu teh garam halus
3 cawan air sejuk
cara cara
1.pulut dibersehkan kemudian direndam selama 3 jam lamanya
2.lepas tu basuh sekali lagi dan toskan hingga kering airnya
3.kelapa parut diperah dengan 3 cawan air sejuk ,jadikan pati santan yang pekat
4.ambil 21/4 cawan santan tu di bancuh dengan garam
5.isikan pulut ke dalam loyang bersama sama santan dan kukuslah hingga masak.
6.bila pulut hampir masak, buka penutup kukus dan gemburkan pulut supaya santan dan pulut tu cukup sebati
7. tutup semula penutup periuk biarkan hingga pulut betul2 masak
8.lepas 5 minit barula dibuka semula dan angkat dari kukusan
9.ratakan pulut dalam loyang
10.[utk kemudahan kerja anda ,gunakan daun pisang utk meratakan dan menekan pulutsupaya kemas dan padat.
11.kukus lagi sehingga 3 minit barulah dimasukan adunan kepalanya.
12.kukus lah hingga masak .betul2
bahan bahan utk membuat kepalanya
2butir telur ayam
11/2cawan gula pasar
2 sudu susu pekat
3/4santan pekat
1 sudu makan tepung jagung
5 helai daun pandan1
1inci kulit kayu manis
sedikit garam

cara cara
1.daun pandan di kisar ambil air
2. campurkan air daun pandan,santan dan semua bahan bahan yang lain.kacau rata.
3.bila pulut dah masak tuang semua nya keatas nya

cream puff

bahan bahan
3cawan air
3/4 cawan butter
3 cawan tepung gandum
9 biji telur
2 sudu baking powder
cara cara
1.3 cawan air didihkan
2.kemudian masukkan butter. bila cair masukkan tepung.
3.kacau sampai tak melekat diperiok.angkat dan sejukan
4.bila dah betul2 sejuk masukkan telur- sebiji2 ,kacau sebati
5.buat begini sampai habis 9biji[8 biji+1 biji putih telur]
6.kacau sampai naik angin [meletup2]
7.campur baking powder,kacau rata2
8.bulat2kan[ menggunakan dua batang sudu ]
9.bakar hingga garing
10.biala garing angkat &belah
11.masukkan kuah kastad

kuah kastad
bahan -bahan
6 cawan air
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung susu
1 merah telur

cara cara
campur semua bahan bahan diatas-kacau diatas api hingga pekat

tat jem

bahan- bahan
3 cawan tepung gandum
11/2cawan butter[sejukan dalam peti ais]
2 biji telur
sedikit garam
cara-cara
1.butter dipotong kecil2
2.tepung diayak dengan garam
3.gaul butter dengan tepung /garam
4.gaul dengan jari hingga jadi serbuk roti
5.telur dipukul.campur kedalam adunan tepung
6.gaul rata &uli sampai lembut
7.terap dengan acuan tart--isikan jem
8.bakar

kueh semperit

bahan -bahan
6 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung kastad
1/2sudu makan tepung jagung
3 sudu makan gula halus
5 sudu makan majrin
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
cara -cara
1.campur semua bahan
2.uli &masukan kedalam acuan semperit--picit dalam loyang
3.letakan ceri diatasnya &bakar

biskut cincin

bahan- bahan
1 gelas majrin
1 gelas tepung kastad
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula
2 biji telur[1 biji dalam adunan dan satu lagi untuk disapu diatas biskut]
cara -cara
1.gula& majrin dipukul
2.masukan telur
3.kemudian masukan kedua2 tepung
4.masukkan baking powder
5.uli &canai dengan acuan bentuk cincin
6.bakar

kuih bangkit

bahan- bahan
1 kati tepung jagung [digoreng
1 cawan tepung gandum[sampai ringan]
2 cawan gula halus [dicampur kedua2 nya
4 biji telur [dan dikacau]
2biji kelapa[perah santan tanpa air]
santan dimasak dengan daun pandan/kulit kayu manis
cara- cara
1. semua tepung dicampur dengan gula/telur
2.uli dengan santan
3.terap
4kemudian dibakar

biskut kacang

bahan- bahan
2 cawan kacang tanah-digoreng -ditumbuk
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
minyak kacang-mazola
cara-cara
kacang dicampur gula &tepung.gaul rata
uli dengn minyak kacang.
canai kemudian diterap
sapu kuning telur diatasnya.
kemudian bakar hingga masak

biskut kelapa

bahan- bahan
1 cawan majrin
1cawan gula
1 biji telur
1cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa kering
1/2sudu teh baking powder
cara- cara
1.majrin dipukul dengan gula
2.masukkan telur,tepung ubi/tepung gandum
3.kacau rata,canai,terap
4.kemudian bakar

biskut cornflour

bahan -bahan
4 biji telur (merah saja )
11/4 mangkuk gula
21/2 mangkuk tepung gandum
1mangkuk tepung jagung
1 camca teh esen vanila&esen ros
ceri
cara -cara
1..tepung gandum, tepung jagung dan guala digaul.
2..pecah telur dalam adunan tadi &gaul rata.
3..tambah esen vanila/esen ros
4..gaul sampai basah &terap.
5..bakar hingga masak

biskut batang buruk

bahan -bahan
1 kati tepung gandum
1 biji kelapa(3gelas santan)
1 kati kacang hijau
1 kati gula
3 biji telur
1 botol minyak masak
cara -cara
1>panaskan santan hingga mendidih kemudian biarkan sejuk
2.kacang hijau &gula dijadikan serbuk
3>santan sejuk tadi digaul dengan tepung &telur
4>uli semuanya
5>canai nipis--potong1/2inlebar 1in panjang,
6>sambung jadi bulat-bergelung
7>panaskan minyak &goreng
8>angkat &isikan serbuk kacang hijau/gula tadi

biskut conflake

bahan-bahan
2 cawan majrin
2cawan gula
3 biji telur
4cawan tepung
1kotak cornflaxes
(1/2 kotak dimasukan dalam adunan tepung.
1/2 lagi dimasukan dalam talam, kemudian disudukan adunantepung ke dalam talam berisi conflake)
dikepal2 perlahan2 jadi bulat .biar conflakesmencucuk2 adunan tepung tadi.
masukan kedalam loyang&bakar