Sabtu, 5 Mei 2012

AISING KEK LAGI

aising kek ni aku pergi belajar minggu lepas tapi hari ini baru aku nak tulis dalam blog aku ni ,,banyak perkara yg aku belajar disana , antaranya belajar buat kek, aising kek ncoklat utuk aising aku dah tak tahu nkak tulis apa cuma tengok lah gambar2 yang aku ambil diklas tu

MENGIKUTI KURSUS TERAPI BEKAM

assalamualaikum, macam selalu lah aku ada banyak masa lapang,hari tu aku pergi kursus aising kek, hari ini 5 mei 2012,aku pergi pula mengikuti kursus terapi bekam. kau org tahu mcmana aku boleh tahu disitu ada buat kursus. sbbnya aku suka ronda2 kawasan kulim ,satu hari aku lalu didepan satu kedai ,aku pun bacalah apa yg ditulis dcermin kedai tu ,rupa2nya ada kursus bekam ,apalagi aku pun masuk dan bertanya staff dsitu aku berikan no talifon ,bila nk adakan kursus call lah aku ,maka hari ni aku tercapai lah hajat aku nk belajar bekam,mula2 aku takut tengok darah yg keluar dari bekas bekam tu ,aku pula ada darah gemuruh, habis seluruh badan aku menggigil tapi dgn bantuan pakar2 terapi disitu aku berjaya lakukan dgn baik sekali ,alhamdulillah

Jumaat, 4 Mei 2012

DONAT KENTANG




assalamualaikum..macam biasa bila aku rasa bosan aku akan mencuba masakkan dari kawan2 dfacebook.setelah meneliti resipi2 aku pun mula lah kedapur .oleh sebab ddapor aku lengkap dengan bahan2 makanan, aku tak payah kekedai lagi, kentang, tepung telur majrin ,yeast dan lain2 bahan aku keluarkan dari tempat simpanan,kawan2 tahu apa aku nak masak?satu masakakkan yang begitu terkenal resipinya aku ambil dari kawan2 d facebook ,kemudian aku olah/ tokok tambah sendiri untuk menjadikan kuih ni bertambah gebu n lembut. tukang makan tidak ada dirumah aku ,jadi bila siap aku goreng kurang lebih pukul 11 pagi ,aku pun mengintai2 siapa kah jiran2 aku yang ada dirumah.aku tukar pakaian lalu aku menghantar donat aku tuu..masih ada baki ,nanti petang aku akan hantar kepada jiran2 yang baru balik kerja,,terima kasih pada jiran2 aku tu sebab mereka tolong aku "tolomg makan" kalau mereka tidak sudi makan makanan yang aku masak tentulah makanan itu jadi makanan tong sampah ,kan membazir namanya tuuu resipi ini aku ubahsuai semoga kawan yang empunya resipi tidak marah ya.. BAHAN BAHANNYA 600 gm tepung gandum 3sudu gula pasir 1 bungkus yeast segera 1 biji telur 1 sudu besar majrin 1/2 cawan air suam 1 sudu kecil pelembut donat/roti[ aku tambah sendiri] 1 sudu kecil dough improver A[tambah sendiri] CARA CARANYA 1>yeast, gula dan air suam dicampur &digaul rata/ kacau sampai gula hancur, tutup bekas dan biarkan sampai bahan2 tadi naik, 2> tepung, majrin,dough improver,pelembut donat digaul rata biar sebati, 3> bila yeast dah naik masukkan kedalam tepung yang sudah dcampur dengan bahan2 yg lain tadi tu 4>gaul semua bahan2 tadi kemudian uli sampai tepung tidak melekat di tangan 5> untuk menjadikan ianya tidak melekat ditangan caranya ialah dengan menambah sedikit2 tepung kedalam adunan itu [jangan lah bubuh tepung banyak2 nanti keras pulak] 6>bila adunan/doh dah elok tak melekat lagi di tangan ,masukkan doh itu kedalam besen[besen bersih tau]kemudian tutup rapat biar kurang lebih 1 jam 7>bila dah cukup 1 jam tumbuk2kan doh tadi ,lepas itu bulat2kan sebesar bola pingpong [aku guna pencedok aiskrim jadi semuanya sama besarlah] 8>lepas dibulat2kan leper kan sikit kemudian buatkan lobang ditengah2nya 9> biarkan adunan mengembang lagi lebih kurang 45 minit 10>panaskan minyak,bila dah panas perlahankan sikit api 11> masukkan donat dan goreng lah hingga kekuningan 12>angkat dan tos kan keatas tisu dapur supaya serap minyaknya 13> untuk hiasan ikut suka kawan2 lah boleh tabur gula halus ,celup coklat letak jem ,atau pun nak buat bunga aising 14> apalagi ngap lah masuk kemulut.. SEDAPP

Ahad, 15 April 2012

LEMAK MANIS: HARIJADI

LEMAK MANIS: HARIJADI

HARIJADI

assalamualaikum..kelmarin 14.4.2012 adalah ulangtahun harijadi aku. macam biasalah tidak ada apa2 sambutan pun .aku tidak memerlukan semua itu . dalam hati aku hanya mengira2 jumlah umur aku sudah banyak tapi jumlah ke hari kematiannn sikit ..dah hampir kelubang kubur.dalam usia 54 tahun ini masih banyak kekurangan dalam hidup aku..

Selasa, 3 April 2012

PEMANGGANG AJAIB



adoii pasai apatadi aku tak boleh upload gambar tak tau .bila aku cuba berkali2 kini baru boleh , aku nak cerita pasal periok baru aku ni , namanya pemanggang ajaib ,kenapa dinamakan ajaib ?sebabnya pemanggang ini boleh memanggang , steam ,memasak ,menggoreng ,jimat masa dan jimat gas memasak ,makanan yang dimasak menggunakan pemanggang ini amat sesuai untuk orang2 yang nak kuruskan badan ,juga menyihatkan badan sebab kurang mengguna kan minyak minyak tu ka banyak kolestrol

Sabtu, 31 Mac 2012

APAM POLKADOT




aku selalu tengok facebook kawan2 .mereka ni pandai memasak,aku terpikat ngan satu kuih yang mereka buat. kuih itu ialah apam polkadot .setelah sekian lama aku meneliti bahan2 n cara2nya selama beberapa hari kemarin aku kekedai membeli barang2 keperluan utk buat apam polkadot. maka hari ini aku pun mila lah mengadun bahan2 nya n kenudian mengukus.. hahhahha apam aku menjadi tapi tidak secantik apam polkadot kawan2 yang memang dah pandai tu..tengoklah aku paparkan gambar polkadot aku

Ahad, 25 Mac 2012

masih lagi cerita cup cake










pada 24 .3. 2012 aku pergi lagi keklas menghias cup cake. kali ini praktikal , jadi aku kena hias sendiri .dalam kelas tu aku seorang saja yang tua.malu tu maklu jugak .sepatutnya org seusia aku dah penuh ilmu memasak di dalam dada .dulu aku tidak ada peluang ,sebelum aku kawin aku org miskin tak ada duit nak pergi belajar ,bukan free semuanya pakai duit .bila aku kawin ,lain pula ceritanya,sibuk melayan anak2,sekarang anak2 aku sudah besar.lelaki pulak tu .jadi mereka tak kacau aku lagi.haaha masa sekarang lah baru ada peluang aku nak buat apa yang aku minat.ini kawan2 aku yang pergi belajar bersama2 aku ambil foto untuk kenang2an

Ahad, 26 Februari 2012

MENGHIAS KEK LAGI







olehkerana minat n sementara ada duit lebih utk beli bahan2 kek n bahan2 icing . malam ni suami aku tak ada dirumah dia kerja syif malam .aku pun ambil peluang utk kerja2 menghias kek ,klu suami ada dia cerewet n nnt dia marah ,dia mmg tak suka aku masak kek n menghias kek tu . aku sebenarnya tak pernah pun buat keja2 menghias kek ni ,melalui buku2 yang aku beli n tengok dlm youtube aku cuba sendiri , cubala tengok gambar2 kek icing aku ,mmg tak cantik ,org baru belajar tentu lah tak pandai..insyaallah klu aku buat selalu tentu semakin cantik n kemas

Isnin, 20 Februari 2012

oven dan kek dan kek dan tart cupcake






minat aku untuk memasak kek lapis semakin menjadi jadi .sudah tiga buah buku resipi membuat kek lapis serawak telah aku beli. setelah aku mengulangkaji buku2 itu aku pun ke kedai untuk membeli bahan2 nya pula aku pun mulalah membancuh adunan kek lapis ,memang menjadi .cantik lapisannya dan sedap pula tu,selain dari aku buat kek lapis aku pun suka membakar kek cawan tart dan macam2 lagi kuih yang perlu di bakar. nak tahu kenapa aku rajin sangat bab bakar membakar ni ..sebabnya aku dapat oven baru yang besar .hadiah dari suami tersayang.mula2 aku tidak pandai nak nak bakar dalam oven ni. aku tidak pandai sesuaikan suhunya .selalu kek yang aku bakar tu hangus ..apabila aku selalu buat kek ,lama2 aku pun sudah pandai guna oven ni ...

BUAT REMPEYEK



malam ini aku terlalu bosan tidak tahu nak buat apa..macam yang aku selalu katakan aku kesepian tidak ada siapa2 nak teman aku berbual .pikir punya pikir aku nak turun ke dapur memasakk..tepung ada,kacang goreng ada santan ada rempah2 pun ada ..apa kata kita buat rempeyek. mula2 aku cari resipi rempeyek dalam internet.setelah aku belek2 semua resipi rempeyek yang ada dalam internet dan blog kawan2 facebook,aku berkenan satu resipi dari myresipi.com.apalagi aku pun cetak lah dan aku bawa ke dapur kertas yang aku cetak resipi itu.
mula2 aku sediakan bahan2 ,lepas itu aku pun bancuh dan biarkan sekejap.selepas beberapa minit aku pun mulala menggoreng ,ohh rangupnya rempeyek yang aku goreng ini ..terima kasih pada myresipi .suami aku memang suka makan rempeyek aku rasa tidak payah lah aku tulis resipi rempeyek ini sebabnya resipi ini bukan aku yang punya ,myresipi punya,nanti kalau kawan2 nak resipi kawan2 carilah www.myresipi.com

Sabtu, 18 Februari 2012

belajar buat bunga dari buttercream






aku ni walaupun dah tua tapi aku begitu berminat untuk belajar buat kek dan menghias kek.. beberapa hari yang lalu aku ke kedai buku .aku ternampak ada sebuah buku menghias kek ..apa lagi aku pun terus beli la ..suami aku tak cakap apa2 sebab duit buku tu aku aku bayar sendiri .klau aku mintak dia yang bayar ,mesti dia cakap tak payah beli lah..
bila aku belek2 buku tu aku teringin nak buat bunga dari buttercream.seteleh aku bancuh adunan cream tu aku pun mula la bentuk bunga ros ,buat tak jadi2 ..tapi aku tak putus asa ..setelah 4jam aku mencuba baru la menjadi sikit..tak berapa nampak macam bunga ros .tapi tak apa la nanti aku cuba lagi ..lain kali tentu semakin cantik bunga ros aku

Rabu, 1 Februari 2012

BELAJAR MENGHIAS CUPCAKE








PERGI BELAJAR MENGHIAS CUPCAKE
aku ini sebenarnya dah tua tapi aku masih berminat untuk belajar menghias cup cake, masa muda aku tidak brpeluang ,maalum lah sibuk dengan anak2 yang masih kecil .kini anak2 ku dah besar .tambahan pula aku boleh memandu sendiri jadi aku boleh kemana saja ke klas atau kekedai membeli bahan2 untu buat kek
satu hari aku meronda2 dipekan ,aku masuk dalam sebuah kedai menjual alat2 membuat kueh dan kek.juru jual disitu memberitahu aku bahawa dikedai itu ada klas membuat kek ,biskut dan macam2 lagi . bila aku tunjuk minat nak belajar ,jurujual itu bagi aku jadual klas,aku belek2 jadual itu dan aku teringin nak belajar menghias cupcake,
aku telah pergi pada tarikh yang dijanjikan...
seronoknya aku bila dah tahu cara2 macamana nak buat buttercream,dan lain2 lagi
pada 24/3 2012 ini aku bercadang nk mengikuti satu lagi klas iaitu klas menghias cupcake praktikal. insyaAllah

KUEH KELADI






KUIH KELADI
mlm ni aku bosan dok sorang2 ,nk tengok tv pun bosan jugak ,jadi aku teringat keladi yg aku dah rebus tadi ,santan pun aku dah beli,jadi aku bercadang nak buat sejenis kueh yang resipinya aku jumpa dari majallah saji tahun 2000. aku tunjukkan pada suami resipi kueh keladi ni n suami cakap itu kueh orang cina , dulu2 emaknya selalu buat,suami kata memang sedap,aku pun cuba2 lah resipi ni ,wahh menjadi n mmemang sedap..
inilah resipinya
BAHAN2NYA
1 biji keladi[dipotong kiub kecil2 dan direbus
1/2cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
secubit garam
sedikit pewarna ungu[kalau suka]

BAHAN2UNTUK TABUR DIATASNYA
4 tangkai cili merah[dihiris halus]
4 tangkai cili hijau[dihiris halus]
1 tangkai daun sup[dihiris halus]
1 tangkai daun bawang[ dihiris halus]
100 gram udang hidup[dibuang kulit n digoreng dengan sedikit minyak]
50 gram unang kering[digoreng dengan sedikit minyak]
1/2 cawan sos cili

BAHAN TABUR CIPTAAN AKU
100 udang hidup[digoreng dgn sedikit minyak]
4 batang hot dog[digoreng ngan sedikit minyak]
50 gram udang kering [digoreng dgn sedikit minyak]
sedit bawang merah n bawang puteh yg digoreng garing[bukan hangit tauu]

CARA CARA NYA
1>tepung gandum dan tepung beras disatukan. kemudian digaulkan dengan keladi tadi .jangan diramas ,memadai digaul dengan senduk atau sudu hingga sebati,kemudian masukkan santan garam n pewarna ungu ,
2>loyang disapu dengan sedikit minyak didasar dan disekelilingnya.
masukkankan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak,
apinya biarlah sederhana saja
3> bila masak sejukkan terlebih dahulu
kemudian baru disapu sos cili databurla bahan2 yang dibuat untuk tabur tadi
POTONG DAN BOLEH DIHIDANGKAN

Kan aku dah kata itu makanan yang biasa dimakan oleh suami aku dulu2 sebelum dia memeluk islam.
bila suami balik kerja dan aku bagitahu itu kueh keladi>>>apalagi dia terus makann habis 1/2 loyang...sedap sangat la tu,
seronok aku tengok suami makan