Sabtu, 5 Mei 2012

AISING KEK LAGI

aising kek ni aku pergi belajar minggu lepas tapi hari ini baru aku nak tulis dalam blog aku ni ,,banyak perkara yg aku belajar disana , antaranya belajar buat kek, aising kek ncoklat utuk aising aku dah tak tahu nkak tulis apa cuma tengok lah gambar2 yang aku ambil diklas tu

MENGIKUTI KURSUS TERAPI BEKAM

assalamualaikum, macam selalu lah aku ada banyak masa lapang,hari tu aku pergi kursus aising kek, hari ini 5 mei 2012,aku pergi pula mengikuti kursus terapi bekam. kau org tahu mcmana aku boleh tahu disitu ada buat kursus. sbbnya aku suka ronda2 kawasan kulim ,satu hari aku lalu didepan satu kedai ,aku pun bacalah apa yg ditulis dcermin kedai tu ,rupa2nya ada kursus bekam ,apalagi aku pun masuk dan bertanya staff dsitu aku berikan no talifon ,bila nk adakan kursus call lah aku ,maka hari ni aku tercapai lah hajat aku nk belajar bekam,mula2 aku takut tengok darah yg keluar dari bekas bekam tu ,aku pula ada darah gemuruh, habis seluruh badan aku menggigil tapi dgn bantuan pakar2 terapi disitu aku berjaya lakukan dgn baik sekali ,alhamdulillah

Jumaat, 4 Mei 2012

DONAT KENTANG




assalamualaikum..macam biasa bila aku rasa bosan aku akan mencuba masakkan dari kawan2 dfacebook.setelah meneliti resipi2 aku pun mula lah kedapur .oleh sebab ddapor aku lengkap dengan bahan2 makanan, aku tak payah kekedai lagi, kentang, tepung telur majrin ,yeast dan lain2 bahan aku keluarkan dari tempat simpanan,kawan2 tahu apa aku nak masak?satu masakakkan yang begitu terkenal resipinya aku ambil dari kawan2 d facebook ,kemudian aku olah/ tokok tambah sendiri untuk menjadikan kuih ni bertambah gebu n lembut. tukang makan tidak ada dirumah aku ,jadi bila siap aku goreng kurang lebih pukul 11 pagi ,aku pun mengintai2 siapa kah jiran2 aku yang ada dirumah.aku tukar pakaian lalu aku menghantar donat aku tuu..masih ada baki ,nanti petang aku akan hantar kepada jiran2 yang baru balik kerja,,terima kasih pada jiran2 aku tu sebab mereka tolong aku "tolomg makan" kalau mereka tidak sudi makan makanan yang aku masak tentulah makanan itu jadi makanan tong sampah ,kan membazir namanya tuuu resipi ini aku ubahsuai semoga kawan yang empunya resipi tidak marah ya.. BAHAN BAHANNYA 600 gm tepung gandum 3sudu gula pasir 1 bungkus yeast segera 1 biji telur 1 sudu besar majrin 1/2 cawan air suam 1 sudu kecil pelembut donat/roti[ aku tambah sendiri] 1 sudu kecil dough improver A[tambah sendiri] CARA CARANYA 1>yeast, gula dan air suam dicampur &digaul rata/ kacau sampai gula hancur, tutup bekas dan biarkan sampai bahan2 tadi naik, 2> tepung, majrin,dough improver,pelembut donat digaul rata biar sebati, 3> bila yeast dah naik masukkan kedalam tepung yang sudah dcampur dengan bahan2 yg lain tadi tu 4>gaul semua bahan2 tadi kemudian uli sampai tepung tidak melekat di tangan 5> untuk menjadikan ianya tidak melekat ditangan caranya ialah dengan menambah sedikit2 tepung kedalam adunan itu [jangan lah bubuh tepung banyak2 nanti keras pulak] 6>bila adunan/doh dah elok tak melekat lagi di tangan ,masukkan doh itu kedalam besen[besen bersih tau]kemudian tutup rapat biar kurang lebih 1 jam 7>bila dah cukup 1 jam tumbuk2kan doh tadi ,lepas itu bulat2kan sebesar bola pingpong [aku guna pencedok aiskrim jadi semuanya sama besarlah] 8>lepas dibulat2kan leper kan sikit kemudian buatkan lobang ditengah2nya 9> biarkan adunan mengembang lagi lebih kurang 45 minit 10>panaskan minyak,bila dah panas perlahankan sikit api 11> masukkan donat dan goreng lah hingga kekuningan 12>angkat dan tos kan keatas tisu dapur supaya serap minyaknya 13> untuk hiasan ikut suka kawan2 lah boleh tabur gula halus ,celup coklat letak jem ,atau pun nak buat bunga aising 14> apalagi ngap lah masuk kemulut.. SEDAPP

Ahad, 15 April 2012

LEMAK MANIS: HARIJADI

LEMAK MANIS: HARIJADI

HARIJADI

assalamualaikum..kelmarin 14.4.2012 adalah ulangtahun harijadi aku. macam biasalah tidak ada apa2 sambutan pun .aku tidak memerlukan semua itu . dalam hati aku hanya mengira2 jumlah umur aku sudah banyak tapi jumlah ke hari kematiannn sikit ..dah hampir kelubang kubur.dalam usia 54 tahun ini masih banyak kekurangan dalam hidup aku..

Selasa, 3 April 2012

PEMANGGANG AJAIB



adoii pasai apatadi aku tak boleh upload gambar tak tau .bila aku cuba berkali2 kini baru boleh , aku nak cerita pasal periok baru aku ni , namanya pemanggang ajaib ,kenapa dinamakan ajaib ?sebabnya pemanggang ini boleh memanggang , steam ,memasak ,menggoreng ,jimat masa dan jimat gas memasak ,makanan yang dimasak menggunakan pemanggang ini amat sesuai untuk orang2 yang nak kuruskan badan ,juga menyihatkan badan sebab kurang mengguna kan minyak minyak tu ka banyak kolestrol

Sabtu, 31 Mac 2012

APAM POLKADOT




aku selalu tengok facebook kawan2 .mereka ni pandai memasak,aku terpikat ngan satu kuih yang mereka buat. kuih itu ialah apam polkadot .setelah sekian lama aku meneliti bahan2 n cara2nya selama beberapa hari kemarin aku kekedai membeli barang2 keperluan utk buat apam polkadot. maka hari ini aku pun mila lah mengadun bahan2 nya n kenudian mengukus.. hahhahha apam aku menjadi tapi tidak secantik apam polkadot kawan2 yang memang dah pandai tu..tengoklah aku paparkan gambar polkadot aku