Jumaat, 25 November 2011

tonton-home-movies-taubat nasuha - Taubat Nasuha

tonton-home-movies-taubat nasuha - Taubat Nasuhatadi petang aku menonton siaran ulangan derama yg bertajuk taubat nasuha,dalam derama tu diakhir cerita si ayah dah terima balasannya..macamana yang terjadi dialam sebenar ni. bila siayah nak insaf ..ini lah yang berlaku pada aku dan anak2 .suami macam tak suka ngan anak2,sejak kecil suami tidak mesra ,tidak pernah sentuh anak2 ,hanya aku lah tempat anak menumpang kasih ,tempat anak2 meluahkan apa perasaan hati mereka. segala urusan anak2 semuanya terletak diatas bahu aku .aku menguruskan segala keperluan anak2.sebab itula anak2 lebih rapat dengan aku hinggala sekarang ni mereka berumur 18 tahun dan 21 tahun.apa yang aku bimbangkan ialah bila suami sakit ,adakah anak2 akan menolong suami.anak2 aku tu lelaki kedua2nya ,entahlah akupun tak tahu .yang pastinya aku selalu mengajar anak2 supaya menghormati ayah mereka

How to make buttercream flower icing on cupcakes

kerja aku ni la hari2 tonton you tube .macamana nak bentuk bunga dengan buttercream icing..aku nak cuba buat tapi kek2 tu siapa nak makan?suami n anak2 tak suka makan kek [semua kuih yg manis]dulu selalu aku berikan pada jiran2, tapi jiran2 aku tu pelik sikit .mulut mereka tu yyang aku tak tahan,mereka tu bukan pandai sangat,n tak pernah rajin memasak apatah lagi kuih muih n kek2, bila aku bagi mereka bukannya mereka nak berterima kasih..sebaliknya mereka mengutuk aku ,kononnya nya kek @masakan aku tu kurang sedap ,kurang masin dll lah mereka bandingkan masakan aku dengan masakan dikedai,semenjak itu aku tak hantar lagi pa yang aku masak.kalau tak habis aku lebih rela bagi pada cik tong sampah.aku nak hantar kedai pun aku takut tak laku,aku ni tak pandai cari duit,aku takut dengan resiko dibelakang hari..

INI LAH AKU







aku ni sebenarnya tak berapa pandai menulis ..maklumlah aku ni dah lama tak pegang pen. lagi pun aku ni tak bekerja cuma surirumah sepenuh masa .hari2 aku hanya dirumah.perkahwinan ngan suami sudah mencecah usia 21thn,dan 21thn jugalah aku menghambakan diri ku untuk suami n anak2.bukan hanya kerja rumah saja yg aku buat seorang diri,tapi urusan anak2 juga terlelak diatas bahu aku.hantar n ambil anak dari sekolah n pusat tusyen juga menjadi tugas aku.kerja suami hanyalah mencari nafkah[wang]lain2 urusan aku yg buat ,kadang2 aku terasa macam aku ni tak ada suami sebab kesana sini aku sendirian,hinggakan cikgu2 disekolah anak2 tak kenal siapa bapa mereka.
sekarang anak2 sudah besar ,dah ada lesen motor n ada seorang sebiji motor,jadi kerja aku jadi ringan sikit.masaalahnya sekarang aku jadi kesunyian,anak2 lelaki da suami aku tak suka bersembang,habis tu dengan siapa aku nak bercakap?jiran semuanya umur 30an tidak sesuai berkawan ngan aku sebab aku dah 53thn.jadi aku kesaoranganlah.kawan aku hanyalah komputer ini.
selain dari aku melayari internet aku juga suka membaca.aku selalu ke kedai buku n aku akan membeli buku2 walaupun berharga berpuluh2 ringgit.selain itu aku juga menjadi ahli perpustakaan awam ditempat aku, macam buku boleh aku pinjam .
aku berbenti disini dulu di lain kali aku sambung lagi.