Jumaat, 25 November 2011

INI LAH AKU







aku ni sebenarnya tak berapa pandai menulis ..maklumlah aku ni dah lama tak pegang pen. lagi pun aku ni tak bekerja cuma surirumah sepenuh masa .hari2 aku hanya dirumah.perkahwinan ngan suami sudah mencecah usia 21thn,dan 21thn jugalah aku menghambakan diri ku untuk suami n anak2.bukan hanya kerja rumah saja yg aku buat seorang diri,tapi urusan anak2 juga terlelak diatas bahu aku.hantar n ambil anak dari sekolah n pusat tusyen juga menjadi tugas aku.kerja suami hanyalah mencari nafkah[wang]lain2 urusan aku yg buat ,kadang2 aku terasa macam aku ni tak ada suami sebab kesana sini aku sendirian,hinggakan cikgu2 disekolah anak2 tak kenal siapa bapa mereka.
sekarang anak2 sudah besar ,dah ada lesen motor n ada seorang sebiji motor,jadi kerja aku jadi ringan sikit.masaalahnya sekarang aku jadi kesunyian,anak2 lelaki da suami aku tak suka bersembang,habis tu dengan siapa aku nak bercakap?jiran semuanya umur 30an tidak sesuai berkawan ngan aku sebab aku dah 53thn.jadi aku kesaoranganlah.kawan aku hanyalah komputer ini.
selain dari aku melayari internet aku juga suka membaca.aku selalu ke kedai buku n aku akan membeli buku2 walaupun berharga berpuluh2 ringgit.selain itu aku juga menjadi ahli perpustakaan awam ditempat aku, macam buku boleh aku pinjam .
aku berbenti disini dulu di lain kali aku sambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan