Rabu, 1 Februari 2012

BELAJAR MENGHIAS CUPCAKE








PERGI BELAJAR MENGHIAS CUPCAKE
aku ini sebenarnya dah tua tapi aku masih berminat untuk belajar menghias cup cake, masa muda aku tidak brpeluang ,maalum lah sibuk dengan anak2 yang masih kecil .kini anak2 ku dah besar .tambahan pula aku boleh memandu sendiri jadi aku boleh kemana saja ke klas atau kekedai membeli bahan2 untu buat kek
satu hari aku meronda2 dipekan ,aku masuk dalam sebuah kedai menjual alat2 membuat kueh dan kek.juru jual disitu memberitahu aku bahawa dikedai itu ada klas membuat kek ,biskut dan macam2 lagi . bila aku tunjuk minat nak belajar ,jurujual itu bagi aku jadual klas,aku belek2 jadual itu dan aku teringin nak belajar menghias cupcake,
aku telah pergi pada tarikh yang dijanjikan...
seronoknya aku bila dah tahu cara2 macamana nak buat buttercream,dan lain2 lagi
pada 24/3 2012 ini aku bercadang nk mengikuti satu lagi klas iaitu klas menghias cupcake praktikal. insyaAllah

KUEH KELADI






KUIH KELADI
mlm ni aku bosan dok sorang2 ,nk tengok tv pun bosan jugak ,jadi aku teringat keladi yg aku dah rebus tadi ,santan pun aku dah beli,jadi aku bercadang nak buat sejenis kueh yang resipinya aku jumpa dari majallah saji tahun 2000. aku tunjukkan pada suami resipi kueh keladi ni n suami cakap itu kueh orang cina , dulu2 emaknya selalu buat,suami kata memang sedap,aku pun cuba2 lah resipi ni ,wahh menjadi n mmemang sedap..
inilah resipinya
BAHAN2NYA
1 biji keladi[dipotong kiub kecil2 dan direbus
1/2cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
secubit garam
sedikit pewarna ungu[kalau suka]

BAHAN2UNTUK TABUR DIATASNYA
4 tangkai cili merah[dihiris halus]
4 tangkai cili hijau[dihiris halus]
1 tangkai daun sup[dihiris halus]
1 tangkai daun bawang[ dihiris halus]
100 gram udang hidup[dibuang kulit n digoreng dengan sedikit minyak]
50 gram unang kering[digoreng dengan sedikit minyak]
1/2 cawan sos cili

BAHAN TABUR CIPTAAN AKU
100 udang hidup[digoreng dgn sedikit minyak]
4 batang hot dog[digoreng ngan sedikit minyak]
50 gram udang kering [digoreng dgn sedikit minyak]
sedit bawang merah n bawang puteh yg digoreng garing[bukan hangit tauu]

CARA CARA NYA
1>tepung gandum dan tepung beras disatukan. kemudian digaulkan dengan keladi tadi .jangan diramas ,memadai digaul dengan senduk atau sudu hingga sebati,kemudian masukkan santan garam n pewarna ungu ,
2>loyang disapu dengan sedikit minyak didasar dan disekelilingnya.
masukkankan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak,
apinya biarlah sederhana saja
3> bila masak sejukkan terlebih dahulu
kemudian baru disapu sos cili databurla bahan2 yang dibuat untuk tabur tadi
POTONG DAN BOLEH DIHIDANGKAN

Kan aku dah kata itu makanan yang biasa dimakan oleh suami aku dulu2 sebelum dia memeluk islam.
bila suami balik kerja dan aku bagitahu itu kueh keladi>>>apalagi dia terus makann habis 1/2 loyang...sedap sangat la tu,
seronok aku tengok suami makan