Sabtu, 11 Disember 2010

TART EGG

BAHAN2NYA
140gm butter
100gm gula halus
2biji kuning telur
220gm tepung gandum
30gm almond powder
beberapa titik esen vanila
BAHAN2 UTK FILLING
1 cawan susu cair
4biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanila.
CARA2NYA
1>kacau butter sampai lembut atau jadi macam krim.
2>tambahkan gula ,pukul sampai putih.
3>masukan kuning telur, kacau sehingga sekata,tambah pula esen vanila,kacau lagi.
4>campurkan tepung dan almond(diayak dulu tepung& almond powder)kemudian dicampur kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
>5uli jadi bulat, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum
diginakan.
6>canaikan doh setebal3-4mm,terap dgn cutter diameter 6cm. simpan dalam peti sejuk semetara siap buat filling.

CARA BUAT FILING
1>pukul gula dengan telur
2>masukkan semua bahan2 filling yg lain .kacau sebati
3>tekan doh dalam acuan tart,cucuk2 dengan garpu didasarnya,kemudian tuang bahan filling kedalam acuan tart yg ada doh tadi
4>bakar salam oven selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sampai pastri nampak kuning /perang
1>

CHEESE TART

BAHAN PASTRI
70GM butter
50gm gula halus
1biji kuning telur
110gm tepung gandum
15gm almond powder
beberapa titik esen vanila
FILLING
500gm cheese
100gm yogurt>>sejatkan biar jadi 50gm
40gm gula halus
1biji telur saiz M
2sudu besar tepung gandum
1sudu kecil corn starch
50ml fresh cream

CARA2NYA
1>masukan butter ke dalam mangkuk.kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.
2>tambah gula,pukulsehingga putih.
3>masukkan kuning telur, kacau sehingga sekata,tambah pula esen vanila. kacau lagi.
4>tepung gandum & almond powder diayak.
5>campurkan campuran tepung tadi kedalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau.
6>uli jadi bentuk bulat>> kemudian simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan.
7>canai doh setebal 3-4mm terap dgn cutter diameter 6cm, simpan dalam peti sejuk sementara siap buat filling.
CARA BUAT FILLING
1>letakkan kedalam mangkuk,cream cheese, yogurt dan gula ,kacau sebati.kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
2>tambah fresh cream sedikit2 sambil dikacau.
3>ayak pula tepung &corn starch kedalam adunan tadikacau sehingga sebati.
4>sapukan bekas tart dgn shortening(butter)& taburkan sedikit tepung .ambil pastri
tadi masukkan kedalam bekas tart ,cucuk2 sedikit tapaknya dgn garpu
5>isi dengan cream cheese tadi, bakar 30 minit dgn suhu 170degree atau sehingga
pastri nampak kuning/perang