Jumaat, 4 Mei 2012

DONAT KENTANG




assalamualaikum..macam biasa bila aku rasa bosan aku akan mencuba masakkan dari kawan2 dfacebook.setelah meneliti resipi2 aku pun mula lah kedapur .oleh sebab ddapor aku lengkap dengan bahan2 makanan, aku tak payah kekedai lagi, kentang, tepung telur majrin ,yeast dan lain2 bahan aku keluarkan dari tempat simpanan,kawan2 tahu apa aku nak masak?satu masakakkan yang begitu terkenal resipinya aku ambil dari kawan2 d facebook ,kemudian aku olah/ tokok tambah sendiri untuk menjadikan kuih ni bertambah gebu n lembut. tukang makan tidak ada dirumah aku ,jadi bila siap aku goreng kurang lebih pukul 11 pagi ,aku pun mengintai2 siapa kah jiran2 aku yang ada dirumah.aku tukar pakaian lalu aku menghantar donat aku tuu..masih ada baki ,nanti petang aku akan hantar kepada jiran2 yang baru balik kerja,,terima kasih pada jiran2 aku tu sebab mereka tolong aku "tolomg makan" kalau mereka tidak sudi makan makanan yang aku masak tentulah makanan itu jadi makanan tong sampah ,kan membazir namanya tuuu resipi ini aku ubahsuai semoga kawan yang empunya resipi tidak marah ya.. BAHAN BAHANNYA 600 gm tepung gandum 3sudu gula pasir 1 bungkus yeast segera 1 biji telur 1 sudu besar majrin 1/2 cawan air suam 1 sudu kecil pelembut donat/roti[ aku tambah sendiri] 1 sudu kecil dough improver A[tambah sendiri] CARA CARANYA 1>yeast, gula dan air suam dicampur &digaul rata/ kacau sampai gula hancur, tutup bekas dan biarkan sampai bahan2 tadi naik, 2> tepung, majrin,dough improver,pelembut donat digaul rata biar sebati, 3> bila yeast dah naik masukkan kedalam tepung yang sudah dcampur dengan bahan2 yg lain tadi tu 4>gaul semua bahan2 tadi kemudian uli sampai tepung tidak melekat di tangan 5> untuk menjadikan ianya tidak melekat ditangan caranya ialah dengan menambah sedikit2 tepung kedalam adunan itu [jangan lah bubuh tepung banyak2 nanti keras pulak] 6>bila adunan/doh dah elok tak melekat lagi di tangan ,masukkan doh itu kedalam besen[besen bersih tau]kemudian tutup rapat biar kurang lebih 1 jam 7>bila dah cukup 1 jam tumbuk2kan doh tadi ,lepas itu bulat2kan sebesar bola pingpong [aku guna pencedok aiskrim jadi semuanya sama besarlah] 8>lepas dibulat2kan leper kan sikit kemudian buatkan lobang ditengah2nya 9> biarkan adunan mengembang lagi lebih kurang 45 minit 10>panaskan minyak,bila dah panas perlahankan sikit api 11> masukkan donat dan goreng lah hingga kekuningan 12>angkat dan tos kan keatas tisu dapur supaya serap minyaknya 13> untuk hiasan ikut suka kawan2 lah boleh tabur gula halus ,celup coklat letak jem ,atau pun nak buat bunga aising 14> apalagi ngap lah masuk kemulut.. SEDAPP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan